Sunday, December 27, 2015

Mari bercakap tentang......PROTEIN

ProteIn adalah salah satu makronutrien yang utama dalam makanan kita. Ia memberikan tenaga kepada badan dan ia digunakan untuk membina otot-otot dan organ badan.

Protein terdiri daripada blok bina yang dipanggil asid amino. Kebanyakan asid amino ini penting, ia bermakna badan tidak boleh menghasilkannya., oleh itu ia harus diambil melalui makanan protein.  Apabila protein mengandungi semua asid amino yang penting ia sianggap protein lengkap. Protein soya dan semua sumber protein haiwan dianggap lengkap.

Jika satu atau lebih daripada satu asid amino ini tiada, protein itu dianggap tidak lengkap. Kecuali protein soya, sumber protein dari sayur dianggap tidak lengkap. Bagaimanapun, dua protein tumbuhan yang tidak lengkap seperti beras dan kacang, boleh saling melengkapi, jika dimakan bersama-sama.

Kebanyakan protein dari diet kita berpunca dari produk berasaskan binatang (daging,ikan, ayam,telur dan susu) juga produk berasaskan tumbuhan (kacang,lentil dan kacang pis). Serbuk protein yang diperbuat daripada kacang soya, wei atau putih telur boleh juga dicampurkan kepada makanan lain untuk meningkatkan kandungan proteinnya.

Badan kita memerlukan protein untuk membina dan memperbaiki tisu otot (terutamanya selepas bersenam), menghasilkan enzim dan hormon penting,menyokong sistem imun kita dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Keperluan protein harian bergantung kepada umur, saiz, tahap kecergasan dan gaya hidup. Secara umumnya lelaki yang besar (200lb), aktif secara fizikal, seharusnya mengambil 100gm hingga 200gm protein setiap hari sementara wanita yang kecil(100lb) aktif secara fizikal, seharusnya mengambil antaran 50gm hingga 100gm setiap hari.

TAHUKAH ANDA? 
Orang yang sudah berumur memerlukan lebih banyak protein dalam diet mereka berbanding orang muda dalam menghasilkan tisu otot. 

SUMBER : HERBALIFE HUB JUN 2013


No comments:

Post a Comment