Tuesday, December 29, 2015

KAFEIN

Kafein dianggap sebagai stimulan sistem saraf pusat yang tidak begitu kuat yang boleh meningkatkan tenaga, dan secara sementara mengurangkan rasa mengantuk dan meningkatkan semula ketajaman mental. 

Di samping meningkatkan ketajaman dan tahap tenaga, kafein juga membantu metabolisma dengan meningkatkan metabolik dan meransang termogenesis, proses dimana badan meningkatkan suhu atau output tenaga.

Bahan yang wujud secara semulajadi, kafein ditemui dalam sumber botani, seperti pokok kopi, pohon teh dan biji koko. Lain-lain sumber termasuk yerba mate dan beri guarana. Orang telah mengambil kafein selama beribu-ribu tahun. Ia digunakan dalam banyak makanan dan minuman biasa, termasuk coklat, kopi, teh dan minuman tenaga.

Dengan pengambilan harian sehingga 300 mg, kafein dianggap selamat. Tolerans terhadap kafein mungkin berbeza. Sesetengah individu mungkin mengalami gangguan, susah hendak tidur, keresahan dan mungkin cirit-birit semasa mengambil kafein.

Banyak negara mempunyai had jumlah kafein yang dimasukkan ke dalam makanan dan suplemen makanan. Institut Perubatan AS mencadangkan tidak melebihi 600mg  kafeina 
setiap hari.

FAKTA UTAMA

  • Peransang lembut kepada sistem saraf pusat
  • Bahan yang wujud secara semulajadi di dalam daun, benih dan buah lebih 60 jenis pokok
  • Sensitiviti kafein bergantung kepada beberapa faktor, termasuk pola penggunaan, keadaan fizikal dan berat badan
MANFAAT UTAMA
  • Membantu meningkatkan kadar metabolik 
  • Meningkatkan tenaga
  • Meransang termogenesis
  • Menyokong kecerdasan mental
  • Mungkin boleh menyokong rasa kenyang secara lembut
  • Mungkin boleh membantu dalam membakar lemak


TAHUKAH ANDA
Lebih 500 Billion cawan kopi diminum di seluruh dunia setiap tahun. Amerika syarikat mempunyai pengguna yang paling besar, dengan lebih 450,000,000 cawan yang diminum setiap hari!

HERBALIFE HUB APRIL 2013

Dapatkan Khidmat Nasihat dari Coach Haryati +60126663372

No comments:

Post a Comment