Umumnya, bukankah ini adalah waktu setiap tahun kebanyakkan orang akan memperhatikan berat mereka - kerana mereka mungkin melihat berat naik. Jangan terkejut jika ada antara mereka yang panik dan ingin menurunkan berat badan dalam masa dua minggu sebelum tahun baru atau kerana ada Majlis Sambutan tertentu dan di mana-mana waktu dalam setahun. Majlis Sanding, Percutian atau Graduasi. Semua ini akan menimbulkan persoalan : Berapa kg saya boleh turunkan dalam masa 2 minggu?
Saya mulakan dengan menyatakan bahawa tiada jawapan ringkas yang boleh digunapakai buat semua org. Kerana, ia sangat bergantung kepada berat individu tersebut. Semakin besar saiz individu, maka lebih banyak kalori yang diperlukan utk mereka buang. Jadi bagi individu yang bersaiz besar, mereka boleh mengurangkan pengambilan kalori harian mereka dan hilang lebih banyak berat badan dlm masa 2 minggu berbanding mereka yang bersaiz lebih kecil.
Semuanya berkaitan dengan pengambilan kalori, anda perlu menyeimbangkan penggunaan kalori anda mesti lebih daripada pengambilan yang anda ambil dalam satu jangkamasa untuk melihat perbezaan skala. Semakin besar jarak antara penggunaan dan pengambilan kalori semakin banyak anda turun berat.
- Satu pound lemak mewakili 3500 kalori yg tersimpan - jadi jika anda ingin membakar 500 kalori tersimpan setiap hari dalam masa seminggu, anda hanya membuang satu pound lemak. Anda boleh makan 500 kalori lebih kurang daripada yg anda perlukan - atau anda boleh bersenam dan membakar 500 kalori bagi merialisasikannya.
- Anda perlu keduanya, mengurangkan kalori dan bersenam. Jika anda hanya fokus kepada penurangan kalori, ada risiko anda mengurangkan terlalu banyak sehingga tiada tenaga untuk bersenam , dan menyukarkan anda mendapatkan nutrisi seimbang yang diperlukan badan bila kalori anda sangat terbatas.
- Bergantung sepenuhnya kepada senaman untuk menurunkan berat badan juga adalah sukar. memerlukan aktiviti yang banyak - contohnya berenang satu jam tanpa gangguan - untuk membakar 500 kalori.
- Fokus kepada makanan yang menyumbang kepada nutrisi yang tinggi dengan kandungan kalori yang lebih rendah, seperti sayuran, buah-buahan dan protein dari ikan, dada ayam, telur putih, produk tenusu rendah lemak(yougrt, susu) dan tepung protein.
- Pastikan anda mengambil protein dalam setiap waktu makan - dengan cara itu dapat memastikan anda kenyang lebih lama.
- Tidak mengapa jika anda mengurangkan nasi dalam sehari selama seminggu atau dua minggu kerana anda masih dapat sumber karbohidrat daripada buah dan sayur. selepas beberapa minggu makanlah nasi dalam jumlah yang secukupnya utk satu hidangan.
- Berhati - hati KUNCI utama ialah pengiraan KALORI. Salah satu pendekatan yang dicadangkan untuk memulakan ialah menggunakan gantian makanan - contohnya shake protein yang dibuat menggunakan resepi tertentu dua kali sehari dengan satu hidangan sihat.Kemudian tambahan buah dan sayur sebagai snack. Cara ini dapat membantu anda mengira kalori dengan lebih tepat dan anda lebih mudah mendapatkan hasil.
Oleh Susan Bowerman, Director of Nutrition Training di Herbalife. Susan ialah Registered Dietitian and a Board-Certified Specialist in Sports Dietetics.
No comments:
Post a Comment